Monday, September 2, 2013

Rezeki ayam berlado dan gado-gado

Teks: Nuri Supian

Ketibaan saya bersama rombongan di Kota Paris disambut oleh hujan renyai-renyai, namun saya teruja kerana kota Paris sudah ada di depan mata. Banyak pengalaman baru menanti.

Sampai tepat pada waktu makan tengah hari, membuatkan perut saya mula berkeroncong. Kami diberitahu akan singgah makan dahulu sebelum dihantar ke hotel untuk check in. Ketika itu, saya tidak kisah makan di mana, yang penting perut yang lapar dapat diisi.  Dan janji makanan itu halal!
Namun sebelum sampai ke destinasi yang dituju, Mr Derrick, pemandu pelancong kami, sengaja membawa kami melihat-lihat pemandangan indah kota fesyen dan kota kesenian yang menjadi pusat tumpuan perdagangan termaju di dunia ini, walaupun  ketika itu awan kelabu sedang memayungi kota Paris.
Mengelilingi kota Paris yang mempunyai hampir 60.2 juta penduduk dan berkeluasan 543,965 km persegi, membuatkan mata saya sering tertumpu pada warga kota yang hilir mudik sepanjang jalan dengan pelbagai tujuan. Pelancong asing juga nampaknya turut memenuhi kota Paris di musim gugur itu. Dalam bas saya sudah terasa haba sejuk yang menyengat hingga ke tulang. Cuaca sebelum ini diramalkan sederhana antara 11 -18 darjah celsius tetapi disebabkan hujan, cuaca bertukar menjadi amat sejuk sehingga turun ke 5-6 darjah celsius. Mujur saya memang sudah memakai baju sejuk sejak dari dalam kapal terbang lagi. Kalau tidak susah juga. Maklum kita di Malaysia, sudah terbiasa dengan cuaca panas.  

Hujan renyai membasahi kota Paris ketika ketibaan kami.
 
 Sepanjang jalan di kota metropolitan itu di penuhi dengan restoran dan café yang kebanyakan menyediakan ruang santai di luar untuk pengunjung.

Warga Perancis dan pelancong asing sentiasa padat memenuhi jalan dengan pelbagai tujuan. Hujan renyai, bukan halangan.


Terujanya...
Sepanjang perjalanan menuju ke restoran untuk makan tengah hari, mata saya dijamu oleh pemandangan yang amat indah. Wajah kota Paris memang berlainan dengan beberapa wajah negara Asia  yang pernah saya lawati sebelum ini. Bangunan yang berukiran roman menandakan betapa berseni dan bersejarahnya kota ini. Walaupun ketika itu belum sempat menjelajahi kota-kota berseni ini, tetapi menatapnya dari dalam bas sudah membuatkan hati terasa puas. Bayangkan jika saya melawatinya nanti.
Hampir satu jam perjalanan, akhirnya kami sampai ke tempat yang dituju. Ketika bas memberhentikan kami di sebuah perhentian, kami tidak tahu yang mana satukah restoran makan yang bakal kami singgah. Di Paris memang terlalu banyak restoran. Dan coffee shopnya memang  sengaja di buat di luar restoran. Mungkin tujuannya untuk mudah melihat dan dilihat.

Akhirnya inilah tempat kami menjamu selera setelah  dibawa berpusing-pusing mengelilingi kota.
 
 Bayangkan Ayam Berlado dan rendang daging menanti kami penuh setia di Kota Paris

Sijil-sijil dan anugerah kecemerlangan yang di perolehi oleh pemilik restoran
 

 Saya boleh dikatakan tidak pernah makan gado-gado di tanahair atau ketika pergi ke Indonesia tetapi melahapnya penuh selera di negara Perancis. Tengok belum sempat gambar diambil masing-masing dah tak sabar memakannya.



Tidak sampai sepuluh minit berjalan, kami dibawa masuk ke sebuah restoran. Restoran Indonesia. Wau!  saya semua bersorak gembira. Tak sangka hari pertama di kota Paris, kami akan dijamu dengan makanan selera Minang. Walaupun masakan Indonesia tetapi ia amat bertepatan dengan selera saya yang sedang kelaparan. Apa lagi dalam cuaca sejuk begini. Ayam berlado, rendang daging, sambal goreng, gado-gado, ikan kembung goreng, adalah antara resipi enak yang dihidangkan. Kami makan begitu berselera. Pelayan restoran begitu ramah melayan.


Pak Josoh, 25 tahun di Paris tapi loghat Indonesia dan Minangnya masih sangat pekat. Paris tidak mengubah hati dan budaya lelaki Indonesia ini...
 
Saya berkenalan dengan Pak Josoh, pemilik restoran ini. Menurut Pak Josoh, sudah 25 tahun dia dan keluarga menetap di kota Paris, tetapi perantauannya itu, langsung tidak mengubah pandangan dan cara hidupnya sebagai seorang yang berasal dari rumpun Melayu. Katanya, ramai rakyat dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura yang  melancong ke Paris. Kedatangan pelancong yang silih berganti ini, sedikit sebanyak mampu mengubat rindunya pada tanahair dan  kampung halaman.
Lama juga kami berbual dan menjamu selera di restoran ini. Sehinggalah Mr. Derrick, memberi isyarat agar kami segera beredar dari situ. Kami perlu sampai ke hotel untuk mendaftar masuk.
Sementara menanti ketibaan bas yang akan membawa kami ke hotel, lensa kamera begitu sibuk merakamkan  pemandangan indah di depan mata. Memandangkan ramai antara ahli rombongan,  pertama kali sampai ke kota ini, jadi masing-masing terlihat begitu excited. Saya juga!
Akhirnya kami sampai juga ke Hotel Holiday Inn, tempat menginap selama seminggu di Paris.  Sampai di bilik, baru terasa letihnya tubuh. Selepas bersolat, mengemas beg pakaian, saya terlelap. Angin segar dan sejuk dari luar, hampir membuai lena. Mujur saya cepat terkejut, kerana kami ada temu janji untuk makan malam.

 Saya memang teruja melihat suasana sini. Dulu saya selalu berangan-angan mahu bersantai-santai seperti ini setiap melihatnya dalam filem-filem Hindustan yang pengambarannya dibuat di luar negara. Suatu hari saya pun teringin nak buka café seperti ini...(hihihi)

 Walaupun hujan renyai kedai-kedai buku yang ada di tepi-tepi jalan ditetap dikunjungi pelanggan. Memang budaya membaca sudah sebati dengan jiwa warganya.

 Deretan bangunan  yang ada di depan Restoran Indonesia (Restoran Pak Josoh).

No comments:

Post a Comment