Saturday, January 18, 2014

Bercerai belum tentu selesai masalah!


NURI SUPIAN




Kisah-kisah duka dalam rumah tangga selalu membuat wanita cepat putus asa dan hilang keyakinan diri. Masalah ini bukan masalah baru atau masalah semasa, sebaliknya ia sentiasa berlaku dan akan terus berlaku selagi manusia yang dipasangkan sebagai suami isteri, mempunyai keinginan dan pendapat yang berbeza antara satu sama lain.  Perkahwinan itu adalah penyatuan dua hati dan dua perasaan, yang di dalamnya ada persamaan dan perbezaan. Bukan mudah untuk memastikan ia sentiasa berjalan mengikut gaya fikir kita, namun tidak sukar juga mencari titik persamaan dalam dua jiwa ini.
Sudah beberapa kali saya  mencoretkan catatan seperti ini di dalam majalah Mingguan Wanita, namun hari ini saya merasakan ingin mengulang semula catatan itu sebagai pemberi sedikit cahaya pada yang sedang berduka. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini saya selalu disajikan dengan kisah duka isteri yang tersepit antara cinta, sayang dan benci pada pasangan mereka. Cuba perhati dan hayati apa yang tertinta di sini. Ia mungkin memberi jalan...

Langit memang tidak selalunyua cerah...

”Jangan putus asa, cubalah lagi dan fikirkan soal anak-anak!” Inilah nasihat yang sering kali diberikan oleh sesiapa pun jika ada di antara kawan-kawan atau sanak saudara yang meluahkan rasa hati mereka untuk bercerai atau bercerita mengenai perkahwinan mereka yang tidak bahagia mahupun perkahwinan yang penuh dengan masalah. Sebahagian besar daripada kita memang merasakan bahawa hidup dalam alam perkahwinan adalah lebih baik jika dibandingkan dengan bercerai. Namun adakah nasihat yang kita berikan itu betul dan relevan dengan orang tersebut.

Menasihatkan seseorang agar mempertahankan perkahwinan adalah nasihat yang betul. Sebab bagi mereka yang sedang menghadapi masalah dalam rumah tangga, biasanya sukar untuk mereka berfikir dengan tenang malahan sering buntu dalam membuat keputusan.

Sebagai orang luar, kita mungkin boleh melihatnya dari sudut yang lebih luas dan munasabah. Kita boleh melihat pertimbangan-pertimbangan dari segi buruk dan baik hasil perceraian yang mahu dituntut itu. Dan kita mungkin boleh memberi pesan bahawa walaupun bercerai belum tentu mereka akan bahagia, kerana kehidupan selepas bercerai mungkin lebih dahsyat lagi. Sebagai orang yang menasihati, kita biasanya akan cuba memberikan beberapa contoh yang pernah kita dengar, lihat dan alami. Tetapi memahami situasi orang terbabit juga adalah antara sudut pandangan yang tidak boleh kita abaikan.

Melalui pengalaman saya sendiri dalam melihat, mendengar dan berdepan dengan kes-kes wanita yang menghadapi masalah rumah tangga ini, membuatkan saya selalu berfikir sampai bilakah wanita harus menjeruk hati dalam menangani masalah rumah tangga mereka.

Memang ada wanita yang sanggup bersabar melayani kerenah suami demi anak-anak, demi maruah keluarga dan sebagainya dan pengorbanan mereka berbaloi kerana suami akhirnya kembali ke pangkuan keluarga, namun ada juga yang bertahun-tahun menganyam duka  tetapi akhirnya rumah tangga yang dipertahankan hancur juga.

Kerana itulah saya selalu memberi pendapat (jika diminta), yang berpijak di bumi nyata. Mempertahankan sebuah perkahwinan adalah sebaik-baik perbuatan tetapi jika dengan mempertahankanny wanita itu hilang segala kenikmatan hidup, hilang keceriaan, sentiasa tertekan dan anak-anak menjadi mangsa akibat tekanan itu, ada baiknya juga wanita seperti ini memperjuangkan haknya sebagai wanita.

Namun sebelum itu mereka hendaklah melihat dari segala sudut adakah perceraian itu perlu untuk mereka atau perkahwinan tersebut masih boleh diperbaiki. Ini kerana saya pernah terbaca satu rencana yang ditulis oleh seorang pakar psikologi perkahwinan, yang mengatakan ada juga segelintir wanita hanya melebih-lebihkan perasaan mereka dan akhirnya menyesal setelah diceraikan. Dengan itu pesan saya, seboleh-bolehnya jangan buat keputusan paling daif ini, kecuali jika anda benar-benar memerlukannya.





 Suasana alam hampir sama dengan suasana hati manusia, ada masa redup, ada ketika mendung, ada waktunya ribut taubat, ada tikanya hujan gerimis, banyak masa juga ia kelam dan kalut namun di atas segala itu, ia biasanya akan kembali cerah setelah semua musim itu berlalu... bersabarlah sementara menanti waktu cerah itu tiba...


3 comments:

  1. Ya... kita kena matang dalam menghadapi masalah yang satu ini...

    ReplyDelete
  2. DR YAKAYA SPELL ADALAH SPELL TERBAIK SAHAJA SEPERTI UNTUK MENGGUNAKAN MEMBAWA KEMBALI KE ATAS KELUARNYA. KAMI TAHU ADA ADALAH SEMASA BERBAGAI BAHAWA KAMI TIDAK PERMINTAAN UNTUK MEREKA UNTUK MUNGKIN TETAPI TIDAK BOLEH MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN KAMU TIDAK MUNGKIN MENCINTAI KANAN SAMA ANDA MENCINTAI ATAU HER, BAGAIMANA HANYA MUNGKIN HANYA MEMUTUSKAN UNTUK BERJALAN DENGAN ANDA BAGAIMANA MEREKA TIDAK BERLAKU CINTA ANDA MEMILIKI UNTUK SAYA ATAU ANDA MUNGKIN MEMILIKI SELURUH RAHASIA YANG MEMERLUKAN BAHAWA YANG MEMANGKAN KE BREAK ATAU BULAN BEBERAPA BULAN ATAU TAHUN, BAGAIMANA ANDA PERLU MEMBANTU BELUM MENDAPATKAN ATAU KEMBALIYA HANYA HUBUNGI DR YAKAYA VIA EMAIL ALAMAT YAKAYATEMPLE@GMAIL.COM ATAU PANGGILAN HANYA NAMA NAMA ITU +2347050270227 UNTUK MEMBANTU ANDA

    ReplyDelete