NURI SUPIAN
Bertemu rakyat senegara di kota asing, dan melawat bangunan bersejarah di
Paris meninggalkan kesan mendalam di hati saya. Bayangkan sebelum ini saya
tidak terfikir impian saya menjadi nyata untuk menyaksikan keindahan alam
ciptaan Allah dari tempat yang jauh. Saya mengambil manfaat perjalanan ini
sebagai satu perjalanan rahmat. Saya semakin terasa tidak ada apa-apanya diri
saya ini jika mahu dibandingkan dengan kebesaran Allah.
Berjalan turun dari Montmartre Hill, kami dibawa ke pusat beli-belah
terkenal di kota Paris, Printemps de la Mode. Bagi kaki `shopping’ yang membawa jumlah wang yang besar, inilah syurga
beli-belah untuk mereka. Tetapi ramai juga membeli hanya sekadar untuk
kenang-kenangan. Termasuk saya.
Berposing sebelum masuk ke dalam gedung beli-belah Printemps de la Mode. Tidak banyak yang saya `tangkap' di sini...
Walaupun dalam hati, banyaknya barang yang mahu dibeli tetapi saya kembali pada niat asal. Saya datang ke sini untuk menikmati pengalaman mengembara di dunia baru, melihat kemajuan orang lain dan memahami budaya hidup orang luar, agar saya lebih bersyukur kerana diberi kesempatan ini. Selain membeli serba-sedikit apa yang berkenan, saya lebih banyak merakam gambar diri dan merakamkan gambar-gambar bangunan yang penuh dengan nilai-nilai sejarah yang selama ini hanya saya lihat dari jauh.

Zie dan Ila bersama suami masing-masing serta seorang lagi kenalan adalah antara teman rapat saya ketika meninjau pusat-pusat beli di sepanjang jalan setelah puas melihat `kemewahan' barangan di gedung mewah.
Jalan-jalan sambil cuci mata menatap barangan yang dipamerkan di sepanjang jalan. Seronoknya...
Dari sana kami dibawa pula melihat, La Musee Du Louvre (The Louvre Museum), mata saya tidak berkedip ketika melihat dengan mata dan kepala sendiri, muzium yang terbesar dan terkenal di dunia itu. Di sinilah kesemua lukisan pelukis terkenal seperti Leonardo Da Vinci's disimpan dan diabadikan. Mona Lisa, walaupun saya tidak sempat menatap senyumnya secara langsung, tetapi saya sudah menyaksikan dengan mata dan kepala sendiri, sebesar apa dan seindah mana tempat ia disimpan. Alhamdulillah.

Di La Musee Du Louvre (The Lovre Muzium) inilah tempat potret Mona Lisa disimpan. Banyak lagi karya-karya agung yang terpamer di sini.
Antara tempat-tempat yang membuat mata saya terpegun. Hasil seninya cukup halus dan bernilai tinggi...
Ini juga tempat yang sempat saya lawati dan rakam keindahan reka bentuk bangunannya. Ia sudah terbina sekian lama.
Ini pula pusat seni muzik bagi penduduk Perancis. Tempat ini berjaya menghasilkan ramai ahli-ahli muzik terkenal. Perancis adalah kota pelbagai guna.
Kami dibawa pula memusing-musing ke Notre
Dame de Paris ( Notre Dame Cathedral), yang mula dibina pada tahun 1163 dan
siap secara keseluruhan pada abad ke-14 iaitu pada tahun 1345.
Kami menjalinkan silaturahim nun jauh di bumi asing. Kota Paris menambahkan bilangan sahabat dan rakan.
Tidak pernah lepaskan peluang berposing. Bukan susah sangat nak bergaya pun. Berdiri, senyum dan klik..Kalau boleh setiap inci kota Paris mahu kami jelajah tetapi apa boleh buat... cukup-cukuplah mana yang dapat.
Sempat juga kami mencuri masa warga tempatan ini. Sungguh sporting jejaka ini... sama seperti kami!
Bunga-bungaan dan sayuran segar antara tarikan untuk masuk ke kedai ini.
Saya menjamu mata di kedai ini. Hanya mampu melihat-lihat... pesona mata.
Matahari Paris yang redup dan lembut serta angin yang sering meniup tubuh, serta
sejuknya kota Paris membuatkan kami tidak terasa letih. Namun fitrah alam,
isyarat perut sudah memberitahu bahawa telah tiba masanya untuk kami berhenti berjalan
dan bersedia untuk makan tengah hari. Kami singgah makan di Restoran Noura sebuah lagi restoran Islam dan halal di
kota Paris.
Seperti malam sebelumnya, sekali lagi kami di jamu dengan roti dan salad,
ayam juga disediakan. Sayang sekali, saya tidak sempat menikmati rasa ayamnya
kerana sibuk merakamkan gambar di sekitarnya dan bila sampai ke meja makan,
semua orang sedang bersemangat menjamu selera. Saya belajar memahami bagaimana
rasanya, jika kita terpaksa memakan sesuatu yang bukan kesukaan kita. Pelajaran
itu baik untuk saya, kerana selepas itu saya mula tidak memilih makan.
Restoran ini sentiasa dipenuhi pengunjung.
Sedapnya mereka menjamu selera selepas puas berjalan-jalan.
Tidak sukar mencari makanan halal di tengah kota metropolitan ini.
Selesai menyempurnakan hajat perut, saya semakin bersemangat kerana lawatan
selepas itu adalah tujuan asal saya ke Paris. Menawan Menara Eiffel. Mr.
Derrick berjaya menyusun perjalanan menjejak Menara Eiffel dengan begitu baik.
Biarpun ratusan orang sedang berbaris panjang di kaki menara, namun kami
disambut ramah petugas yang sedia menunggu. Kami dibawa terus ke pintu kabel
untuk membawa kami menjunjung langit dari atas menara.
Menara Eiffel, pembinaannya bermula pada 1 Julai 1887 dan telah mengambil
masa 22 bulan untuk menyiapkan menara yang mempunyai ketinggian 300 meter itu.
Menurut sejarah ia dibangunkan dalam jadual untuk minggu Pameran Dunia dan
Revolusi Perancis. Menara ini kemudian dirasmikan pada tanggal 31 March 1889. Akhirnya
kerangka besi yang diilhamkan oleh jurutera Gustave Eiffel itu, menjadi simbol
Kota Paris dan pernah tersenarai sebagai antara tujuh keajaiban dunia.
Tidak mungkin saya melepaskan peluang mengabadikan potret diri di bawah `skirt' Menara Eiffel. Saya sudah `menempatkan' diri saya di sini. Impian saya telah menjadi kenyataan. Thank You Allah..
Kebanyakan pelancong luar akan melekat di kedai-kedai cenderahati yang terdapat di Menara Eifel. Kami juga begitu...
Saya membuat sedikit penyelidikan menerusi beberapa sumber mengenai pembinaan menara ini. Menurut sumber, bahan yang digunakan untuk membangunkan menara Eiffel adalah besi waja dikaitkan berbentuk bersilangan dari 18,038 batang besi kemudian diperkukuhkan dengan 2,500 000 paku. Kerangka Menara Eiffel seberat 7,300 tan itu dibina dengan sistem tahan angin.

Menara Eiffel atau ada juga yang menggelarkannya sebagai `Gadis Besi’, diterangi oleh 352 projektor 1,000 watts dan
berkelip setiap setengah jam pada malam hari dengan 20,000 mentol lampu dan 800
lampu disko, sementara 4 lampu laser xenon yang berkuasa 6,000 watts berputar
secara kekal di puncak menara. Jumlah tangganya, adalah 1,665.
Ada 2 buah lif untuk naik ke tingkat dua. Di situ terdapat kedai-kedai
menjual pelbagai cendarahati dan sudah tentu replika Menara Eiffellah yang
mendominasi kebanyakan kedai-kedai cenderahati di situ.
Maha besar Allah, apa yang dapat saya katakan lagi. Walaupun tidak menuju ke
puncak, namun keluasan hampir keseluruhan kota Paris dapat saya saksikan dari situ.
Mengimbau tanahair dari anjung menara Eiffel
Dari anjung menara, saya teringat suami, teringat anak-anak dan teringat teman-teman di tanah air. Terngiang-ngiang gurauan dan kata-kata mereka, “Kak Nuri, ambil gambar Menara Eiffel elok-elok, nanti kami mahu masukkan (superimpose) gambar kami di depan gambar menara itu. Saya rakam gambar tersebut untuk mereka, walaupun saya tahu mereka sekadar bergurau.
Menara Eiffel berdiri teguh dan menjadi lambang kemegahan rakyat Perancis. Ia antara tujuh benda ajaib di dunia.
Saya gunakan setiap detik yang ada di atas menara untuk merakam sebanyak mungkin gambar-gambar bandar Paris dari udara. Saya ingin simpan sebagai kenangan bahawa saya sudah menyaksikan sebahagian keajaiban Tuhan di sini. Ketika masa untuk turun sudah sampai, hati terasa berat untuk melangkah. Rasanya saya masih mahu di sini, tetapi ada sesuatu yang lebih besar sedang menanti saya di bawah sana....
Pemandangan ini saya tatap dari anjung menara. Hampir seluruh kota Paris dapat dilihat dari sini. Nikmat Allah yang manakah dapat saya dustakan...
Mengimbau tanahair dari anjung menara Eiffel
Dari anjung menara, saya teringat suami, teringat anak-anak dan teringat teman-teman di tanah air. Terngiang-ngiang gurauan dan kata-kata mereka, “Kak Nuri, ambil gambar Menara Eiffel elok-elok, nanti kami mahu masukkan (superimpose) gambar kami di depan gambar menara itu. Saya rakam gambar tersebut untuk mereka, walaupun saya tahu mereka sekadar bergurau.
Berdiri di anjung ini kita dapat menyaksikan panorama indah kota Paris.
Saya gunakan setiap detik yang ada di atas menara untuk merakam sebanyak mungkin gambar-gambar bandar Paris dari udara. Saya ingin simpan sebagai kenangan bahawa saya sudah menyaksikan sebahagian keajaiban Tuhan di sini. Ketika masa untuk turun sudah sampai, hati terasa berat untuk melangkah. Rasanya saya masih mahu di sini, tetapi ada sesuatu yang lebih besar sedang menanti saya di bawah sana....
Tasik ini menjadi tempat berenang itik-itik dan angsa. Burung merpati pun sentiasa penuh di kawasan ini.
No comments:
Post a Comment