Dosa gugur apabila suami,
isteri bersalam
RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka
muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat
membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.”
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana
senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki
suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan
menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga
isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada
suami.
Sesungguhnya keredhaan Allah terletak pada keredhaan suami. Justeru itu berikan
suami rasa dihormati, dan ciumlah tangannya setiap kali dia pergi dan pulang daripada
mencari rezeki serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak melakukan
sebarang kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan
isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.
Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka untuk selalu bersalaman dengan
ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak
kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun
seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya
terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam
rumahtangga.
Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang
isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.
Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Sungguh-sungguh
memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu
burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama
dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari
keredhaan Allah melalui keredhaan suami.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara:
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan
berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada
kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada
Dzat yang memiliki mu."
"Sampaikanlah walau satu ayat" al hadis
No comments:
Post a Comment