NURI SUPIAN
Apabila anak-anak sudah mulai menginjak remaja dan
dewasa banyak topik yang kami boleh kami bualkan bersama, sama ada ketika waktu
makan, di dalam kereta, ketika bersantai di laman rumah atau ketika
rileks-rileks di depan tv.
Cerita yang paling mendapat sambutan hangat atau
biasanya semua orang mahu bersuara, apabila saya sengaja buka topik tentang cinta,
berangan tentang masa depan atau cerita tentang cantik. Wauuu... ketara sungguh
minat mereka nak jadi orang dewasa.
Saya teringat masa remaja saya dulu. Mak saya sibuk
berniaga. Kami tak sempat sangat berbual tentang pelbagai perkara. Namun saya
ada opah yang suka mendengar saya bercerita dan suka bercerita pada saya.
Antara ramai anak cucu opah, mungkin saya yang paling suka bertanya itu dan ini dan opah tidak pernah jemu melayannya. Kerana itu saya selalu dapat banyak petua-petua dari opah dan petua itu dikongsi dengan cucu-cucu yang lain. Ada petuanya yang masih relevan hingga sekarang biarpun opah sudah lama meninggalkan saya.

Satu ketika di dalam kereta, seorang anak saya
bertanya, mama macam mana nak hilangkan bau badan secara semulajadi selain
memakai deodorant? Saya bertanya balik kenapa dengan deodorant? Apa salahnya
memakai pewangi ketiak itu?
Kata anak itu, memang tak salah tetapi lebih elok
kalau tak perlu memakainya. Dulu masa remaja mama pakai deodorant ke? Orang
zaman dulu kan banyak petua? Saya ketawa! Memang saya tidak memakai deodorant
biarpun tubuh saya berbau peluh setelah puas berlenjan di padang bermain hoki.
Tiba-tiba saya teringat petua opah. Banyak cara opah
ajar untuk hilangkan bau badan. Tapi ada antaranya perlukan usaha lebih dan
biasanya saya tidak serajin opah. Petua yang susah-susah tu, kalau opah yang
sediakan ramuannya baru kami cucu-cucu mengamalkannya. Tapi opah pun beri petua
mudah yang boleh kami amalkan setiap hari tanpa perlu ke belukar tepi kampung
untuk cari ramuannya.
Yang paling saya ingat adalah cara paling mudah
iaitu menggosok ketiak pada kepala lutut. Opah kata, ketika mandi, duduk dengan
mendirikan lutut dan gosok ketiak sambil berselawat dan berdoa. Kena amalkan
selalu dan kalau boleh setiap kali mandi petang.
Kata opah juga, untuk mengharumkan bau tubuh, kami
boleh sapukan badan dengan hirisan limau nipis. Gosok-gosokkan limau itu di
bawah ketiak selepas menggosoknya dengan lutut. Itulah yang saya dan cucu-cucu
opah yang lain amalkan setiap kali mandi.
Opah juga sering minta kami mandi dengan bunga-bungaan terutama bunga rose. Kata opah wangian bunga juga boleh mewangikan tubuh. Tapi ketika itu kami jarang dapat mandi bunga kerana tidak ada banyak bunga-bunga ditanam, kalau ada pun bermusim. Bila ada bunga berkembang kami akan petik dan risikonya pasti akan dimarahi kerana bunga itu memang ditanam untuk hiasan laman dan mengindahkan kawasan rumah. Jadi, kami biasanya berpuas hati dengan apa yang mudah sahaja.

Dan mujarabnya, tubuh kami tidak
berbau kecuali kami banyak berjalan di bawah terik matahari. Hingga kini saya
sudah terbiasa mengamalkannya dan amat jarang menggunakan deodorant di ketiak
saya.
Saya beritahu anak-anak petua itu. Kalau mereka mahu
menukar cara selain deodorant untuk hilangkan bau peluh terutama ketiak selepas
aktif bersukan, mereka boleh ikut cara saya seperti yang diwariskan oleh moyang
mereka itu.
Saya fikir mereka tertarik dengan cara tradisional
ini kerana sejak saya bercerita mengenai petua opah saya itu, mereka sering
minta saya belikan buah limau nipis.
Nasib baik
anak-anak bertanya, jika tidak saya pun terlupa mewariskan petua ini pada
mereka. Ia boleh dikongsi. Kerana itu saya menulisnya di sini...
No comments:
Post a Comment