NURI SUPIAN
Hari pertama sampai, sudah dijamu makan tengah hari di restoran Indonesia dengan resipi Selera Minang. Memang tidak diduga di tengah kota Paris, kami dapat juga menjamu selera dengan masakan Melayu. Apatah lagi ketika itu perut sedang lapar. Pada hari pertama sahaja, saya sudah melihat ramai pelancong luar hilir mudik di tengah kota. Mata juga terpesona melihat pemandangan indah sekitar kota sebelum sampai ke Hotel Holiday Inn tempat kami bakal menginap. Nasib baik saya tidak terlepas waktu makan malam kerana terlena dek letihnya perjalanan!

Kerana terlalu letih, saya dan rakan sebilik Hartini mengambil keputusan
untuk tidur sebentar tetapi rupa-rupanya saya dan Tini benar-benar terlena
sehingga alarm di telefon bimbit mengejutkan kami. Tergesa-gesa mandi dan solat
Maghrib kerana kami mesti berkumpul semula di lobby hotel bersama peserta
rombongan yang lain untuk makan malam.
Kali ini kami dibawa makan di restaurant Libanais (restoran Lubnan). Tidak
sukar juga sebenarnya mencari makanan halal di Paris. Berbeza dengan makanan
tengah hari, kali ini kami terpaksa membiasakan diri makan roti nan bersama
salad yang agak masam bagi tekak Melayu saya. Tapi bagi mereka yang menggemari
selera ala timur tengah, memang tidak menjadi masalah. Seronoknya, kebanyakan
daripada kami berebutkan serunding dan sambal tumis yang dibawa dari tanah air
untuk mengimbangi selera.
Mata yang mengantuk dan tubuh yang letih membuatkan makan malam tidak
serancak makan tengah hari. Masing-masing ingin cepat menghabiskan makanan dan
pulang ke hotel untuk merehatkan tubuh. Walaupun letih namun perjalanan pulang
ke hotel menyegarkan semula mata apabila menyaksikan pemandangan malam di kota
Paris yang amat indah.
Masing-masing tengah teruja mahu menatap wajah sebenar Paris. Saya juga begitu. Kami sedang diberi kesempatan oleh Allah.
Wajah-wajah ceria dan teruja
Dari kejauhan dapat dilihat betapa gemerlapnya Menara Eiffel. Di waktu
malam, menara tertinggi itu umpama permata biru di tengah kota. Rasa tak sabar
untuk menjejak kaki ke menara itu meluap di hati. Bangunan-bangunan lain juga
amat menyegarkan mata. Neon-neon kota memenuhi acara malam di Paris. Saya boleh
katakan Kota Paris sangat `hidup’ di
waktu malam.
Keesokannya kejutan dari petugas untuk solat subuh, membuatkan saya tidak
berani tidur semula selepas itu. Bimbang terlambat dan mengganggu acara
perjalanan yang sudah diatur. Pukul tujuh saya sudah berada di restoran untuk
sarapan pagi. Seronoknya! Perancis memang terkenal dengan beraneka jenis roti
dengan rasa yang pelbagai juga.
Memandangkan rotinya sedap-sedap belaka, kami
terpaksa melanggar `adat’ hotel. Kami membawa beberapa buku roti di dalam
pinggan yang tidak habis dimakan ketika sarapan, keluar dari restoran untuk di
makan ketika dalam perjalanan nanti. Maklum dalam cuaca sejuk, perut pasti
cepat terasa lapar. Memang benar pun belum sampai tidak jam, perut mula terasa
lapar kembali, dek kesejukan. Dan roti inilah
penyelamatnya.
Perancis memang terkenal dengan keenakan rotinya yang diadun dalam pelbagai rasa dan bentuk. Tengok gambar pun kadangkala boleh buat kita terliur...
Hembusan udara pagi di Montmartre Hill
Tempat lawatan pertama kami adalah ke Montmartre Hill, yang terletak di utara Paris. Di sini kami melawat La Basilique du Sacre-Coeur (The Sacred-Heart Basilica) yang dibina pada tahun 1875. Bangunan gereja ini di reka oleh arkitek terkenal, Paul Abadie. Bangunan ini juga menjadi pusat pelbagai kegiatan kemasyarakatan penduduk Paris. Kerana terletak di atas bukit, kami perlu mendaki untuk sampai ke bangunan itu. Ramai pelancong mengambil kesempatan untuk bergambar di sini.
Menurut Mr. Derrick bangunan ini
memang menjadi tumpuan dan lokasi utama bagi setiap pelancong yang datang ke
Paris. Kami juga tidak melepaskan peluang bergambar dan menikmati pemandangan
indah dari atas bukit ini. Sebahagian besar bandar Paris dapat di lihat dari
sini. Dalam cuaca sejuk itu, bandar Paris dari atas bukit ini terlihat seperti
dilindungi awan dan kabus, namun gambar yang terakam dan diabadikan di situ
tetap indah.
Dari puncak bukit ini kita dapat melihat pemandangan di sekitar bandar. Kabus pagi yang berbalam membuatkan suasana indah terakam di mata.
Walaupun terpaksa mendaki agak tinggi untuk sanpai ke atas, namun peluang itu tidak sesekali saya lepaskan. Memang penat tapi berbaloi...
Sebahagian daripada pemandangan bandar yang dapat dirakam dari puncak Montmartre Hill. Ketika ini belum pukul lapan pagi waktu tempatan.
Disebabkan tidak mahu melengahkan masa di sini, sebaik habis menikmati suasana pagi di Montmartre Hill, kami berjalan turun. Melalui lorong menuju ke bas, kami diberi kesempatan untuk membeli belah di sekitar Montmartre. Sementelah banyak kedai-kedai telah dibuka walaupun masih awal pagi.

Dan saya amat terperanjat apabila di sapa oleh seorang pemuda tampan dalam
bahasa Melayu. ”Selamat pagi puan! Singgah dan boleh lihat-lihat.” Ucapnya
ramah dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang bercampur. Saya memandang kaget. Menyedari kehairanan saya itu, pemilik kedai memperkenalkan diri. "Saya dari
Sarawak. Dah lebih 10 tahun tinggal di sini, tetapi bahasa Melayu tidak pernah
saya lupa,” ujar pemilik kedai itu. Wajahnya langsung tidak menunjukkan dia
seperti rakyat Malaysia. Apatah lagi berasal dari Sarawak. Terasa bangga kerana
bertemu dengan rakyat Malaysia di negara orang. Sempat saya bertanya, tidak mahu pulang lagi ke Malaysia. “Rezeki
saya di sini, rasanya saya akan tetap di sini. Saya balik Malaysia sekali-kala
sahaja,” ujarnya fasih berbahasa Melayu walaupun dia bukan orang Melayu.
Mungkin campuran Inggeris dan India. Saya membeli serba sedikit cenderahati
dengan harga istimewa di kedai ini.
“Harga seperti ini hanya saya berikan kepada pelancong dari Malaysia
sahaja,” ujarnya.
Menjamu mata di deretan kedai-kedai cenderahati yang sudah dibuka sejak awal pagi. Sempat juga membawa sedikit `hasil tangkapan' dari kedai ini. Kalau nak ikutkan hati ehmmm...
Menjamu mata di deretan kedai-kedai cenderahati yang sudah dibuka sejak awal pagi. Sempat juga membawa sedikit `hasil tangkapan' dari kedai ini. Kalau nak ikutkan hati ehmmm...
No comments:
Post a Comment