Rezeki banyak atau cukup?
Kebanyakan kita bekerja mencari rezeki demi memenuhi
tuntutan hidup. Terfikirkah kita, bahawa selain rezeki dunia, rezeki yang lebih mahal adalah rezeki yang berupa makanan untuk rohani.
Apa guna kalau rezeki yang ada melimpah
ruah jauh daripada mencukupi tetapi hati tidak tenteram. Apa makna rumah besar
kalau hati tidak tenang.
Rezeki bukan setakat duit ringgit
sebaliknya pengertian rezeki itu amat besar. Mempunyai kesihatan yang baik,
keluarga bahagia, hubungan baik dengan
jiran tetangga, kesempurnaan akal, ketenangan dan kedamaian adalah antara rezeki yang kita perlukan untuk kalbu.
Bukankah kita memerlukan kurniaan Allah
yang membuatkan kita menikmati episod apa pun yang terjadi dalam hidup ini.
Seperti kita perlukan hidayah dan petunjuk jalan agar jelas perjalanan yang
mahu kita tempuhi.
Rezeki yang sedikit tetapi mencukupi untuk
keperluan hidup kita, itu jauh lebih baik daripada rezeki banyak tetapi
menyibukkan diri kita dengan kelalaian.
Lalai menjaga diri dan kesihatan; lalai
pada persaudaraan; lalai pada sedekah; lalai mengerjakan solat dan lalai yang
membuatkan kita semakin menjauhkan diri daripada Allah SWT.
Biasanya orang yang terlalu memikirkan soal
mencari rezeki berlebihan akan hidup di bawah tekanan. Akibatnya ramai
menghidap salah satu penyakit moden masa kini iaitu depresi (kemurungan).
Saranan seorang ulama ulung Nusantara,
Allahyarham Pak Hamka sewajarnya menjadi perhatian. Mengikut Pak Hamka, rezeki Tuhan itu ada di
mana-mana asalkan kita sanggup berusaha dan bekerja keras untuk mencarinya. Saranan
itu disokong oleh seorang profesor berbangsa Korea yang menyatakan dalam sebuah
bukunya bahawa kekayaan berada di mana-mana. Hanya Allah paling mengetahui semua
keperluan kita, lebih daripada kita sendiri. Hanya Allah juga yang membuka
segala jalan hingga rezeki itu sampai kepada kita.
Bersyukur...
Manusia yang pandai bersyukur, adalah mereka yang tahu mengarahkan rezeki yang dilimpahkan Allah itu, dengan membahagi-bahagikan rezeki tersebut kepada orang yang memerlukan. Mereka yang sedar bahawa rezeki yang diberi Allah itu, bukan semata-mata untuk diri mereka sendiri, sudah pasti akan berlumba-lumba untuk memberi. Orang-orang ini, semakin banyak mereka memberi, maka semakin banyaklah mereka menerima...
Bagi yang sentiasa ingat hanya Allah pemberi rezeki, maka Allah pun sentiasa ingat pada mereka dan memudahkan mereka dalam urusan mencari rezeki.
Khasiat surah Al Fatihah untuk memudahkan rezeki...
Surah Al-Fatihah boleh diamalkan untuk menambahkan rezeki. Mengamalkan pembacaan surah ini sebanyak 41 kali di antara Solat Sunat Fajar dan Fardu Subuh, maka orang itu akan dikurniakan dengan kebaikan keduniaan, kaya dari kefakiran, bebas dari sebarang hutang, sembuh dari segala penyakit, memperolehi kekuatan, mencapai kemuliaan, ditakuti musuh, dikasihi dan diterima segala perkataannya dan selamat dari bencana.
Marilah kita amalkannya dan bermohonlah kepada Allah agar usaha itu diberkati. Namun hanya berdoa semata-mata, tidak akan mengubah apa-apa kerana usaha dan doa tidak boleh dipisahkan. Setelah berusaha keras, bergantunglah pada Allah dengan doamu...

No comments:
Post a Comment