Nuri Supian
Setiap
hari di meja saya penuh dengan surat-surat yang diterima daripada pembaca. Kebanyakan
daripada surat itu mengenai luahan hati dan rintihan pilu sama ada wanita
bergelar isteri, ibu tunggal ataupun duda.
Meneliti surat-surat itu, saya sedar bahawa hidup ini memang penuh dengan pelbagai pancaroba. Kitalah sepatutnya memilih kehidupan bagaimanakah yang kita inginkan. Seandainya tahu ada ranjau dan duri di pertengahan jalan, kita boleh memilih haluan yang lain, namun jika tetap mahu memilih jalan yang sama, maka bersedialah untuk menempuh ranjau.
Permasalahan atau peristiwa yang berlaku itu ada hikmahnya, jika kita sanggup menerimanya sebagai ujian. Namun apabila kita sengaja menempah kedukaan, sepatutnya kita menyalahkan diri sendiri bukannya menyalahkan takdir.

“Dunia
ini dipenuhi dengan pelbagai ragam dan kehidupan. Kita sendirilah sebenarnya
yang memilih kesepian atau kesedihan!” Kata-kata ini pernah saya dengar dalam
sebuah program di televisyen. Berdasarkan kata-kata itu, saya yakin bahawa
manusia adalah makhluk yang begitu mudah untuk berasa sepi walaupun mereka
sebenarnya sedang hidup di tengah-tengah keriuhan alam.
Secara
jujurnya juga saya katakan, betapa kita amat mudah menangisi kematian
tetapi sukar untuk menghargai kehidupan. Kita juga kerap menangis pilu
mengenangkan perpisahan, sedangkan terlalu banyak pertemuan-pertemuan
yang telah kita sia-siakan. Kita kerap ketawa tetapi
dalam masa yang sama, kita tidak faham apa sebenarnya yang melucukan hati kita. Malahan begitu
ramainya di antara kita yang memuja cinta tetapi apabila berlaku perpisahan,
hilang segala kebaikan cinta yang selama ini dijunjung. Jarang benar orang
bersedia untuk berpisah kasih dengan cara yang baik sebagaimana mereka
memulakan sebuah percintaan.
Orang-orang
yang pesimis adalah orang-orang yang bersikap mudah berputus asa dan memandang sesuatu perkara dari sudut keburukannya sahaja, sering mengatakan
kehidupan ini penuh kepahitan, kepalsuan dan merasakan hidup hanya mendatar. Sedangkan
kehidupan jika dipandang dari pelbagai sudut, banyak lagi kegembiraan yang
boleh membuat kita tersenyum, sama ada ketika mengalami atau ketika
mengenangkannya.
Pahit
dalam kehidupan bukan satu kesalahan kerana adanya rasa pahit inilah, baru kita
peka terhadap sebuah kemanisan. Sama seperti orang bercinta, ia tidak mungkin manis
sepanjang masa. Kerana dalam cinta ada penolakan, ada pertengkaran, ada
kesabaran dan perpisahan. Inilah rempah ratus yang membangunkan kita menjadi
seorang manusia dewasa akal dan fikirannya. Berjuanglah untuk hidup dan
nikmatinya selagi ada nyawa. Minta pertolongan Allah agar kita terus dibimbing
dari dunia hingga ke akhirat.
No comments:
Post a Comment