NURI SUPIAN
Minat
saya pada bunga sudah lama, sejak saya tahu bunga itu cantik. Tapi kesukaan dan
keterujaan saya pada menaman bunga datang secara mengejut. Sejak saya turun dari
Cameron Highland. Kegilaan saya pada bunga, memang ramai yang tahu. Dulu saya selalu
bercita-cita mahu tidur atas bunga rose setelah puas dapat mandi dengan air
bunga mawar itu. Namun dulu-dulu saya sekadar membelinya di kedai dan meletakkannya
dalam jambangan. Seminggu kemudian bunga itu layu dan saya terbalikkan dan
gantung untuk dijadikan bunga kering.
Namun
menjejak sejuknya udara gunung di Cemeron Highland rupanya turut meniupkan
semangat baru dalam diri. Saya bukan sekadar membeli berjambak-jambak bunga Rose pelbagai warna tetapi turut membeli
beberapa pasu pokok bunga untuk dibawa pulang. Tidak cukup dengan rose,
saya juga telah jatuh cinta pada bunga lavender.
Bunga lavender ini benar-benar mencuri perhatian saya. Saya menanamnya sepenuh hati, namun saya tidak tahu teknik sebenar menjaga bunga lavender. Ia akhirnya layu satu persatu dan kini hanya tinggal dalam gambar sahaja. Tapi saya tidak serik. Saya akan mencuba lagi...
Saya bawa bunga-bunga ini
pulang dengan iringan tawa suami dan anak-anak.
Mereka kurang menaruh keyakinan pada lonjakan cita-cita baru saya ini.
Namun saya terimanya dengan satu azam.
Saya
sampai ke rumah ketika hari telah lewat malam. Bunga-bunga itu saya susun kemas
di laman rumah. Sudah tentu saya tidak berkesempatan untuk mengembangkan semangat saya pada malam itu. Terbangun keesokan harinya,
saya terus menerpa bunga-bunga itu. Saya mahu menyiram pokok-pokok itu sebagaimana
saya menyiram diri sendiri di subuh itu.
Inilah antara beberapa pasu yang saya tanam pada hari pertama saya merealisasikan hobi berkebun bunga. Saya berazam sudut ini akan berubah. Itulah yang telah saya lakukan...
Untuk pertama kali dalam hidup, saya bercakap dengan pokok. Saya ralit di situ. Dari kejauhan suami hanya memandang. Mungkin dia mula melihat kesungguhan saya, kerana saya tidak pernah begitu.
Saya semakin beriya-iya mengembangkan hobi. Dan kerana hobi yang satu ini pelbagai cerita menarik telah terjadi.
Selepas sarapan pagi, dia menawarkan dirinya membantu saya membeli pasu untuk memindahkan bunga-bunga itu ke pasu yang lebih besar. Sudah tentu saya menyambut pelawaan itu dengan hati yang juga berbunga-bunga. Akhirnya bukan sekadar pasu, kerana selepas itu saya dan suami menjelajah nursery-nursery bunga yang memeriahkan jalan di sepanjang Kota Damansara dan Sungai Buloh itu.
Kereta
kami penuh dan sarat dengan muatan. Saya langsung tidak terasa letih biarpun
sudah banyak berjalan. Saya mesti merealisasikan impian ini. Hanya berhenti
makan tengah hari dan Zohor, kemudian saya kembali kepada bunga. Saya mula
mengisi tanah ke dalam pasu. Membaca bismilallah dan berdoa agar bunga yang
saya tanam nanti hidup subur.
Satu
persatu pasu saya isi dengan bunga. Laman rumah mula berubah wajah. Hati saya
kembang-kempis. Suami dan anak-anak tidak ketawa lagi tetapi mereka bersama
saya menyuburkan minat baru ini.
Fuh! Kagum kejap. Tapi saya tahu kak Nuri memang suka bunga lebih2 lagi waktu ambil gambar beria2 dengan bunga2 ros di Beijing dulu... hehe
ReplyDeletesaya pun da mula meminati bunga dan of coz laman rumput menghijau.
ReplyDelete