Monday, January 25, 2010

Awin

Luluh hati ini, bila pagi-pagi lagi terpaksa menghadapi situasi yang tidak ingin saya lalui. Namun suka atau tidak, rela atau paksa, saya kena buat juga. Menghantar anak saudara yang baru kematian ayah seminggu yang lalu ke sekolah, setelah seminggu juga bercuti, menjadi tugas berat pada saya hari ini. Sedangkan sebelum ini, saya sering menawarkan diri untuk menghantar mereka ke sekolah.

Nurul Syazwani atau kami panggil Awin, baru genap 14 hari masuk darjah satu. Pada hari ke-15 dia bersekolah, ayahnya (adik ipar saya) pergi menyahut panggil Tuhan. Banyak yang dia tidak faham pada hari pengkebumian ayahnya, 18 Januari lalu. Ketika kami tidak mampu membendung tangis, dia sibuk menyapu air mata air mata kami dengan tangannya yang kecil dan mungil itu.

"Kenapa menangis? Orang besar tak boleh menangis." Itu yang dikatakannya ketika mengelap air mata saya.

"Nanti papa balik. Papa selalu cakap dengan Awin macam tu..." Hati saya makin sayu melihat polosnya anak kecil ini.

Tapi pagi ini, saya melihat wajahnya yang sayu kerana ayahnya tidak ada untuk menghantarnya ke sekolah.

"Sekarang papa tak dapat hantar Awin lagi ke?" Saya memeluknya makin erat. Awin semoga dia cepat besar.

Lagu yang amat disukai oleh Arwah Amran semasa hayatnya. Arwah memang dapat merasakan dia tidak lama di dunia ini kerana penyakit buah pinggang yang dideritainya itu.


Andai Ku Tahu -
Ungu: Andai ku tahu

Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon

Tuhan jangan Kau ambil nyawaku
Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangimu

Andai kutahu
Malaikat Mu kan menjemputku
Izinkan aku mengucap kata taubat padaMu

Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangimu
Ampuni aku dari segala dosa-dosaku

Ampuni aku menangisku bertaubat pada Mu
Aku manusia yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas di surga

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada Mu
Hari raya terakhir Arwah Amran bersama keluarga (2009). Awin duduk di tengah-tengah papa dan mama. Abang Ashraf dan Kak Elin.

Mak, ampunkan dosa-dosa saya... Kenangan arwah Amran ketika hari raya 2009

Awin dan Iqtisham di pusara atuk pada 2009
Makan malam bersama keluarga pada hari pertama Awin bersekolah.

Arwah Amran dan mak. Gambar terakhir bersama.

No comments:

Post a Comment